Monday, November 9, 2009

Hanya Segelintir....


Izinkan aku pinjam sedikit masa & elektrik untuk ber'blogging'....baru2 ni sudah tentu kalian semua sudah maklum akan perlawanan bola sepak antara pasukan dari Negeri Kelantan & pasukan dari Negeri Sembilan...kalian juga sudah tentu sedia maklum akan kekalahan pasukan Kelantan & kekecohan yang berlaku selepas kekalahan tersebut ? KECOH !!! HURU HARA !!! BAK DI RASUK LAGAKNYA !!!...walaupun aku ni bukan jenis yang minat ape2 pun jenis sukan...aku terpanggil untuk berkongsi pendapat aku selepas aku membaca beberapa blog & komen2 yang watkan hati aku sebagai rakyat Kelantan tersiat..dengan berbekalkan nama sebagai anak kepada MOHAMAD BIN DOLLAH...abah aku tercinta yg juga merupakan berketurunan & asal usul dari Negeri Kelantan, aku bangun untuk menyuarakan pendapat aku sendiri...

Aku x nafikan malah bersetuju jika org2 yang melakukan rusuhan & kekacauan pada malam tersebut dikenakan hukuman yang berat...yang salah tetap salah...sikap bodoh & tidak berakal panjang memakan diri sendiri...menyusahakan orang ramai yang turut sama berada di stadium tersebut...mmg penyokong Kelantan yang buat hal...tapi jgn disebabkan segelintir rakyat yang seakan2 membawa budaya yang tidak bertamadun ni menyebabkan kita semua turut melabelkan semua rakyat yang berada di Negeri Kelantan semua nya berperangai sedemikian...Dalam seguni kacang...dah tentu xsemuanya elok...sudah tentu ada yang rosak & busuk...anda semua silap jika memberi komen2 yang bersifat kenegerian...masih terbayang2 lagi kat mata aku ni komen yang mencarut2 maki hamun siap nak usir semua rakyat Kelantan dari Negara Malaysia...siap mengatakan kami rakyat Kelantan sebagai 'anak haram'...Masyaallah...ni isu sensitif...isu yang melibatkan keturunan...cuba tanya pada agama...ada agama kah kita ? sedar x korg yang memberi komen tu...walau dari mana datang nya negeri korg...korg semua dari asal-usul ciptaan Ilahi...sume anak2 Adam....mgkin ada yang tersilap langkah & berperilaku x senonoh...jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga....

Negara kita ada undang2...jadi hukum lah orang yang bersalah...walau dari negeri / keturunan mana pun....kepada penyokong2 Kelantan / negeri2 mana pun...aku berpesan, tiada guna terlalu obses dengan perkara2 bersifat kedunian...akan lenyap ditelan bumi juga nanti....jgn disebabkan perlakuan korg abis hancur & musnah negara yang kita cintai ni...kepada pemberi2 komen yang setia walau dlm ape jua blog & web...jangan jadi manusia yang bermulut jahat...korg jgn lupa kami pun manusia...ada mak ayah...ada keturunan sendiri...begitu juga korg...jaga mulut...hiasi peribadi...jangan disebabkan mulut jahat akan tertitik satu noktah hitam dalam hati korg...wallahualam...