Thursday, January 22, 2009

MARAH


......ARGH MARAHNYA AKU...biasanya orang tengah marah ni kalo tak bgtau die tengah marah pun takpe...tgk muka merah cam udang kena bakar pun dah tau dah...tapi sebanyak mana kite tau ilmu2 untuk mengawal emosi marah ??? kadang2 tau tp tak praktikkan...almaklumla bila marah 2 datang sume benda dilupekan yang menguasai diri hanya nafsu, akal fikiran dah ditolak tepi....

Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.
Kalau berlakunya sesuatu pergaduhan / pertengkaran sebenarnya kemenangan berpihak pada orang yang mampu menahan nafsu amarah,berjaya mengawal situasi & fikiran... bukan pada orang yang menang dari segi kekuatan fizikal semata2...

Sabar-sabarlah duhai saudaraku..

1 comment:

  1. marah memang tak elok terutama ct.sebab nampak muka macam udang kena bakar

    ReplyDelete