Tuesday, January 20, 2009

tuberculosis

Sejarah tibi

Penyakit tibi telah dikesan pada tulang mumia dari zaman Firaun merupakan antara punca kematian utama di Eropah pada kurun ke-16 dan ke-17. Pada zaman itu, masyarakat Eropah juga berpendapat penyakit ini berpunca daripada perbuatan syaitan. Hanya pada 1882, seorang saintis, Dr. Robert Koch dari Jerman telah menemui kuman tibi, Mycobacterium tuberculosis. Walaupun bakteria ini telah dikenal pasti, rawatan tibi tidak ditemui sehingga ubat suntikan Streptomycin diperkenalkan Salman Walksman pada 1943. Ini diikuti suntikan BCG yang dimulakan oleh Calmette dan Geurin.Dengan adanya ubat-ubat baru, rawatan tibi sekarang hanya mengambil masa selama enam bulan. Ubat yang sama telah digunakan untuk rawatan tibi sejak 60 tahun lalu di seluruh dunia sementara ubat-ubat baru masih dalam peringkat kajian yang mungkin membolehkan rawatan tibi dikurangkan kepada empat atau dua bulan sahaja. Kuman tibi, selalunya masuk ke badan pesakit melalui udara dan seterusnya ke dalam paru-paru. Dari sini, kuman tibi boleh merebak keseluruh badan melalui saluran darah atau saluran limfatik dan boleh mengakibatkan tibi di seluruh badan. Akibat penyebaran kuman tibi, terdapat tibi kelenjar, tibi selaputotak, tibi tulang, tibi jantung dan tibi organ-organ lain. Untuk mengesan kuman tibi di anggota-anggota berkenaan, doktor perlu mengambil sampel biopsi organ tersebut. Di Malaysia, 85 peratus kes tibi melibatkan paru-paru sementara 15 peratus lagi melibatkan tibi pada anggota badan lain. Tanda-tanda tibi Antara tanda tibi adalah batuk berlarutan (lebih dua minggu), demam berpanjangan, badan berpeluh pada waktu malam, susut berat badan,selera berkurangan dan batuk berdarah.

2 comments:

  1. Apa pun penyakit yang kita hidapi,jangan lupa dan malas dalam mengikuti treatment susulan yang disarankan.jangan mudah terasa dan kecil hati kerana ada lebih ramai yang menghidapi penyakit yang lebih kronik dari TB.

    ReplyDelete