Wednesday, April 8, 2009

Sembuh...Alhamdulillah...

Bila Allah turunkan sakit, kesusahan & keperitan hidup ramai yang diluar sana mengeluh...bersedih meratapi keadaan diri...tapi tahukan anda semua Allah tak akan sesekali memberi ujian kepada manusia diluar kemampuan mereka untuk menanggung nya...Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang...percayalah di saat anda berada dalam kesakitan & kedukaan ada hikmah yang Allah bakal kurniakan kpd anda...yakinlah anda di antara manusia yang terpilih yang mampu menggalas tanggungjawab besar yang Allah berikan...

Begitu juga dgn aku...pada saat ini mungkin hati aku blh tersenyum gembira selepas di katakan sembuh dari penyakit ...mungkin berkat doa ibu bapaku...berkat doa org2 sekeliling ku yang sentiasa ingin melihat aku gembira & tersenyum...terima kasih semua...

Kesakitan yang lepas mengajar aku erti kesabaran & ketabahan...memberi aku kekuatan untuk lebih menghargai hidup di dunia ini...& mendekatkan lagi aku kpd Nya...

Hari ini membuatkan aku lebih sensitif dengan keadaan sekeliling...seakan2 jelik dengan keluhan2 yang selalu tidak berpuas hati dengan apa yang ada...lupakah kita siapa yang mencipta kita ? sedarkah kita ada lagi yang di luar sana lagi bernasib tidak baik dari kita ? jadi apa yang dikesalkan kalau badan xseramping jennifer lopez, muka x secantik preety zinta, suara x semerdu siti nurhaliza ? setiap kejadian & makhluk di dunia ini, manusialah antara ciptaan Yang Esa yang paling cantik...

Bersyukurlah dengan apa yang ada...tiap yang sihat, yang cantik, yang elok semua milik Nya...berdoalah semoga dikurniakan badan yang sihat...mampu bekerja kuat demi kehidupan kat atas dunia ini yang masa nye cume sejengkal sahaja sebelum kita menutup mata...

1 comment:

  1. Dah sembuh?alhamdulilah...tahniah... resam manusia memang begitu tidak pernah puas dengan apa yang ada.kerana itu dunia ini berkembang dan maju.cuma cara kita menagani ketidak puasan hati kita itu yang membezakan antara orang yang bersyukur dan orang yang tidak besyukur

    ReplyDelete