Wednesday, June 24, 2009

Selangkah Melangkah

Hampir 3 minggu usia title hubungan yang baru....mcm2 rasa yg ada dalam hati ini....gembira.... bahagia..... sedih.... sayu.... Rase gembira & bahagia sesuatu perasaan yang normal bagi setiap pasangan yang berjaya melangkah ke hadapan maksud ku dari title kekasih kepada title tunang sebelum melangkah ke tahap seterusnya iaitu suami isteri....begitu juga ngan aku...kadang2 rase mcm bermimpi...rase mcm di alam fantasi.....betul kah aku skrg dh bergelar tunangan org ?...ini bukan cerita dongeng cinderella...ini bukan cerita hindustan yang zahirnya nampak semua indah....tp ini realiti yg harus aku tempuhi begitu juga dengan semua makhluk yang bernama manusia cptaan Yang Maha Esa....

Title baru ini memberi erti bahawa aku sudah melangkah ke alam dewasa yang akan membawa sesuatu perubahan yang harus aku lakukan...perlu lebih matang dari segi pemikiran...matang dalam segala hal...

Title baru ini juga telah membawa satu pengajaran yang paling berkesan iaitu sabar...yang mana kami harus lalui dalam meniti usia pertunangan ini....betul kata2 orang tua...pasangan bertunang darahnya manis....belum panas cincin ku sarung dijari sudah ada ujian yang menanti yang sememangnya menguji tahap kesabaran & kepercayaan kami....terasa ingin ku jeritkan satu dunia bahawa aku seakan2 tidak sanggup menghadapi semua ini...seolah2 ada 1 kuasa lemah yang mula hinggap di setiap urat & nadi aku untuk aku menghentikan perjuangan kami ke tahap seterusnya....

Semangat, sokongan & kekuatan pasangan ku masih lagi tersemat kukuh dalam hati aku....perlu aku cekalkan hati kuatkan semangat....sama2 menghadapi sama2 berjuang....mungkin ada sinar terang yang Allah bakal kurniakan disebalik kekaburan yang maha hebat dalam hubungan kami sekarang ini....Ya Allah inikah yang dinamakan ujian seperti mana Kau janjikan ? jika sememangnya ini semua untuk kami...kami redha & kami perlu lebih kuat untuk sempurnakan ujian ini....kepada tunang ku...perjuangan kita belum selesai...semoga kesabaran, ketabahan & usaha kita menjadi santapan rohani dalam diri kita...Insyaallah.

No comments:

Post a Comment